Friday, July 14, 2006

Trip to Tioman Island

Ni gambar masa trip ke Pulau Tioman. Tak silap aku masa tu 12th Mei 2006. 9 orang yang pergi. Aku, Jasman, Nana, Melissa, Elias, Hambali, Ah Fong, Ah Meng dan Ah Lek. Best sekali-sekala becuti ni. Ye lah... cuti-cuti Malaysia. Menyambut seruan kerajaan katakan.....

Gambar-gambar ni di ambil masa kat Ferry Terminal Mersing...

Yang pakai kemeja biru tu Ah Meng. Dia tukang masak untuk NSEP. Sebelak dia tu Ah Fong. Dia Outreach Worker. Sebelah dia pulak Ah Lek. Just friend of us... Sebelah Ah Lek tu Elias.Kita orang punya Outreach Coordinator yang mantul.. Elias husband Nana. Yang kat belakang Elias tu Jasman..Hemm..Dia tu aku punya...Yang kat sebelah dia tu, abang Kanai..Opppss..nama sebenar dia Hambali. Dia pun Outreach Worker jugak..
Hah...ni gambar aku dengan Nana. Masa ni kitaorang baru sampai kat bas stand Mersing. Baru turun bas..penat oo....Tapi still boleh senyum kan... Ada orang kata muka kami serupa..Ye ker? Tapi kalau pergi mana-mana mesti orang tanya..'Mana satu kakak dia'...
Aku dengan Nana ni memang baik... Kita orang selalu kongsi masalah sama-sama. Al maklumlah, husband dia kawan boyfriend aku...
Everything happen, is happen in front us...

Ni gambar aku dengan Jasman masa kat Jetty..amik gambar hitam putih jer lah lagi baik.. Sebab mastu muka aku berkilat giler... macam kena simbah dengan minyak. Hari tu pulak cuaca panas terik sangat..



Ni pulak gambar Jasman masa snorkeling kat Coral Island. Macam tak pernah tengok air masa dia first sampai sini. Kelakar..Dir terus jer terjun dalam laut..Masa tu aku takut jugak dia lemas..Orang lain semua pakai life jacket..dia sorang jer yang tak pakai... Pastu ikan gigit-gigit dia..dia pulak yang takut...
Tu aku dengan Melissa. Aku ingat lagi..tangan aku luka masa nak panjat tangga tu. Entah apa tah yang tersengkut pada jari aku..Luka dalam...



Termenung..Ni masa tu kitaorang masih lagi kat Coral Island tu.. Lepas tu ada pergi lagi snorkeling kat tempat lain..Tapi masa tu tiba-tiba camera abis kodak..Kesian tak dapat tangkap gambar....

Lepas abis snorkeling tu, malam kita makan-makan. Makan kat sana boleh tahan lah'. Kami menginap di Kampung Salang..Ok lah dia punya pantai..Aku dengan Jasman malam-malam kita orang tengok sotong kat jeti..Sambil-sambil tu tengok jugak orang mancing ikan... Yang lain semua sibuk dekat pub-pub tepi laut tu layan kepala... Nak buat macamana.. Dah rezeki dapat boyfriend sopan... Sayang dia..

Ahad petang, naik ferry untuk pulang ke tanah besar... Time tu..entah dengan kuasa tuhan..Dolphin 'Ikan Lumba-Lumba' ikut ferry yang kitaorang naik tu. Aku suka sakan, sebab aku ingat kalau nak tengok ikan tu, aku kena pergi Australia ke...Tapi, kat tempat sendiri aku dah dapat tengok ikan tu...Pengalaman kan..

Ok lah itu sahaja yang aku nak share untuk bolg ni...Ermmm..thanks
14/7/2006 Sue

No comments: