Tuesday, October 31, 2006

Puteri Dania Ashikin Dalam Kenangan

Sayang Mama,
Tanggal 2hb Oktober 2006, sayang lahir kedunia, tapi bukan dari rahim mama. Sayang lahir daripada perut ibu yang tak sepatutnya digelar ibu.
4hb Oktober 2006 ibu sayang meminta mama untuk menjaga sayang. Mama dengan hati dan iklas terhadap sayang, mama bawa sayang pulang ke rumah mama. Nenek, Ummi semua kerabat keluarga gembira dengan kehadiran sayang dirumah mama setelah sekian lama ruma ini sunyi dengan tangisan bayi. Sayang, dirimu memang pembawa rezeki, tidak sesen pun duit mama keluar untuk barangan keperluan sayang. Ramai saudara mara dan kawan-kawan memberi keperluan yang sayang perlukan. Mama bangga dengan kamu sayang.
Lepas seminggu sayang mama jaga, mama membuat keputusan untuk menamakan kamu Puteri Dania Ashikin. Nama itu juga yang tercatat pada sijil kelahiran kamu yang mama usahakan untuk kamu sayang.
Puteri, mama jaga puteri dengan hati yang suci. Mama belajar untuk menjadi 'mama' dalam usia yang masih mentah. Dengan bantuan nenek puteri, mama mampu juga untuk menjadikan puteri bayi yang cukup sihat kiranya sayang. Mama, nenek, ummi terlalu sayangkan puteri.
Puteri sayang, puteri lahir pada bulan yang cukup mulia, bulan ramadhan. Walaupun puteri baru lahir kedunia ini, ia cukup dugaan buat kami kerana ragam puteri. Nenek bersengkang mata malam kerana puteri asik menangis sahaja sayang. Mama pun tak boleh lelap kerana risaukan puteri.
Puteri sayang, mama cukup bahagia bila puteri tertawa. Kadang-kadang puteri menangis. Tak tentu hala jadinya. Puteri sayang, puteri tau tak, puteri juga mengajar seorang lelaki yang bergelar kekasih mama tentang erti keibubapaan. Sebelum ini, mama tak pernah lihat dia begitu. Tapi semenjak kehadiran puteri, mama bahagia sekali.
Tanggal 30hb Oktober 2006. Ibu puteri yang tak berhati perut tu datang untuk mengambil puteri. Dia kata dengan mama dia nak pinjam puteri sahaja untuk memberi tahu pada keluarga dia yang puteri telah lahir. Tapi hati mama tahu, mama tak kan dapat puteri kembali. Apalah daya mama. Puteri bukan lahir dari rahim mama sayang, jika dia ambil tindakan undang2 pasti mama akan tersungur. Mama akur dengan kehendak ilahi. Puteri bukan milik mama. Mama terpaksa beri puteri kembali kepada dia. Dengan harapan, mama akan dapat jumpa puteri kembali.
Hari ni, nenek puteri sakit. Mama tahu, dia terlalu rindukan puteri. Dia pergi Kuala Lumpur dengan ummi. Dia asik sebut nama puteri je sayang. Semua rindukan puteri.
Tuhan. Lama hambaMu ini tidak pernah meminta apa-apa dari Mu. Hari ini aku memohon, kembalikan puteri aku.
Puteri sayang, mama tahu mungkin kini puteri telah dibeli oleh orang lain yang mampu untuk membayar harga kamu kepada ibu puteri. Mama tak mapu sayang untuk mambayar dengan wang ringgi. Pada mama, kasih sayang yang sudah mama berkan tak ternilainya dengan wang ringgit.